Ayam Bakar Cili Hijau

Bahan-Bahan
2 Sudu Makan Minyak untuk menumis
1 Batang serai - diketuk sahaja
2 Helai Daun Limau Purut
6 Ketul ayam

Bahan-Bahan Untuk Dikisar
10 Biji Cili Hijau
5 Biji Bawang Putih
4 biji Bawang Merah
5 Biji Buah Keras
1/2 Sudu Teh Ketumbar - Disangan ( Goreng Tanpa Minyak)
Garam secukup Rasa

Cara Memasak
Panaskan minyak lalu tumiskan bahan-bahan yang dikisar, serai dan daun limau purut sehingga bau harum naik. Masukkan ayam dan biarkan hingga setengah masak. Angkat dan bakar ayam tersebut diatas bara api. Balik-balikkan sambil disapu dengan cili hijau dan sedikit minyak yang dicampur dengan stock ayam... bakar sehingga masak...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment