Telur Bungkus (rahmadlibra)

 

Bahan-bahan ( 2-3 orang-rspi angaran )

•2 biji telur
•2-3 sdu bsar isi ayam yg diptong kecik-kecik
•2-3 sdu bsar mix veg
•1/2 labu bawang besar-hiris nipis2@dadu kecik2
•1 ulas bawang putih-cincang halus
•2 sdu bsar tomato paste
•sos cili/sos tiram-agak2 lah ye(dlm 1 sdu utk 1 jnis sos)
•garam,gula,air(pak aji,jika suke)

Cara-cara

1.utk inti-panaskan 2 sdu bsar mnyk,msukkan bwang ptih dan bawang besar,masak biar layu je,pastu  
   msukkan isi ayam,kacau biar isi ayam tu masak sekata,masukkan plak mix veg,biar skejap dlm 1 
   minit,kmudian msukkan smua jenis sos td,perasakan ikut selera,kacau biar sebati,klu terlalu kering
   msukkan air(skit je dlm 3-4 sdu bsar,sbb sosnya kena pekat,klu cair nti meleleh kluar dr telur)siap
   dan ketepikan dulu.

2.utk buat telur dadar - pukul telur dgn skit garam

3.panaskan kuali yg telah disapu dgn skit myk(skit je tau,gna brus je)tuang telur td dan lenggangkan
   kuali tu(btul ke bhasa ni,leh pham ke)biar telur tu menjdi bulatan yg bsar dan nipis(jgn nipis sngat
   plak) buat telur dadar-ana guna kuali non-stik pan yg bsrnya dlm 10-12 inci,lbih krang saiz pnggan
   mkn tu(klu xde gna je lah kuali biasa tu,tp kena pndai pusing telur tu biar jd nipis dan buat jdbulatan  
   besar.masak dgn api kecik je(x perlu diterbalikkan telur tu(maksudnya cma msk 1 bhgian bwah je)

4.masak dlm 2-3 minit je,bila telur tu dah masak padamkan api dan angkat tlur tu letak dlm pnggan yg 
   bsar

5.amik inti td,tuang ditengah2 telur,ratakan dgn sudu biar jg 4 sgi(buat kat tngh2 je,inti ni jgn bnyk  
   sngat,nti susuh nk lipat,tinggalkan dlm 2-3inci kelilingnya utk lipat)

6.bila dah siap ratakan inti tu,amik bhgian hjung telur yg tinggal tu,lipat letak atas inti(biar npak inti tu,takpe..)

7.lipat smpai telur tu jd bntuk 4 sgi,dgn isi didlmnya terdedah(takpe..jgn risau)

8.pastu amik 1 lg pinggan,telengkupkan/letak atas pnggan yg ada tlur td tu dan pegang kedua-dua pnggan tu dan terbalikan (pinggan yg ada tlur kat atas,pinggan yg 1 lg tu kat bawah

9.nti inti yg x tertutup td akan berada dibhgian bwah pnggan dan yg bhgian cntik tu akan berada diatas

10.pastu ptong buat bntuk tnda + kat tngah2 telur tu dan lipat kluar skit..jd lah tingkapppp...mcm yg kat atas tu.Selamat mencubaaaaaaa...
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aiskrim Goreng



Bahan-Bahan
2 Scop Aiskrim ( Ikut Perisa Apa)
4 keping Roti
Freezer
Minyak Untuk Goreng

Cara-cara Menyediakkannya

1. letak aiskrim atas roti yg dah lembab

2.Tekankan dengan acuan telur kuat2

3. jeng2 dah jadi bulat kan...

4. masuk dlm plastik simpan dlm freezer satu malam 


5. Goreng dalam minyak yang betul2 panas


6. Dah siap

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayam percik



Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 sekor ayam yang dipotong 4
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang putih
  • 1 labu bwg besar
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
  • 1 camca kecil ketumbar
  • 1/2 camca kecil jintan putih
  • 1/2 cawan tepung beras
  • sedikit air asam jawa@asam keping
  • cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
  2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
  3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
  4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
  5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2 
TERIMAKASIH PUAN YANI ATAS RESEPI ANDA, SAYA DAH CUBA MEMANG SEDAP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tauhu ayam

 

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 keping dada ayam/ Ayam cincang Ramly ( 280grm)
  • 280g tauhu ( lebih Kurang 3 ketul tahu)
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk lada(Kalau nk pedas gne 1 susu besar)
  • 3 tangkai daun sup
  • 1 biji telur ayam
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula( Tak bubur pn x pe)

Cara-cara

  1. Cincang isi ayam/ guna terus ayam cincang ramlly
  2. Lecek tauhu dengan garfu
  3. Potong halus daun sup
  4. Gaul semua bahan-bahan diatas dengan isi ayam, tauhu dan juga daun sup dan telur
  5. Kemudian goreng dalam minyak penuh seperti goreng cekodok 
 TERIMA KASIH KEPADA PUAN YANI ATAS RESEPI YANG DIBERI... MEMANG SEDAP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasi Air Siam

 

 

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • Nasi - dimasak sedikit lembik
  • Daging - 1/2 kilo
  • halia - 5 inch -ditumbuk lumat
  • cili padi (hijau atau merah) - segenggam
  • cuka makan - 3 atau 4 sudu besar
  • garam,gula sesedap rasa
  • BAHAN TAMBAH
  • ikan bilis - digoreng garing
  • bawang goreng
  • bihun - 1/4 dari plastik. Dibasuh dan sejat. Digoreng dalam minyak
  • air lada (cili) - sila rujuk cara membuat
  • daun sup - dihiris halus-halus
  • limau nipis/limau kasturi - di potong (utk diperah semasa makan)
  • **bahan tambah ini-perlu dihidangkan dalam bekas berasingan. Memudahkan anda untuk menambah apa yang anda suka ketika makan. 

Cara-caraMenyediakannya

  1. Masak Nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.
  2. Daging tersebut -dipotong besar-besar dan direbus dlm air yang banyak. Setelah masak - Air daging tersebut dipanaskan semula dan ditambah garam dan gula sesedap rasa. Kalau rasa tak cukup utk seisi keluarga (bagi yg suka kuah byk) boleh tambah air lagi.
  3. Daging yang direbus tadi - dipotong/disiat kecil-kecil dan digaul dengan halia. Seterusnya digoreng hingga garing.
  4. Air lada - Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil-tambah cuka, gula dan garam sesedap rasa.
  5. Semua sudah siap. Bolehlah ambik satu senduk-masukkan air daging-masukkan semua bahan tambah-gaul2kan semuanya-MAKAN-kalau tak cukup pedas-tambah air lada :).
  6. TIP- bahan yang perlu digoreng ialah - bihun, ikan bilis, daging. Anda perlu menggoreng ikut aturan bihun-ikan bilis-daging. Kalau goreng daging dulu nanti-serdak dari halia tersebut akan bercampur dgn bihun atau ikan bilis.
  7. CARA MAKAN- ambik nasi sesenduk-masukkan air daging yang tengah panas tu-kemudian di masukkan segala bahan tambah. Sedap dimakan panas-panas apalagi kalau semakin pedas. Jaminan 100% sedap!

TERIMAKASIH KEPADA SITI AZMAH ATAS RESEPI INI... NYUM2 SELAMAT MENCUBA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Udang Galah Masak Sos



Bahan-Bahanya
1 Kg Udang galah ( Goreng separuh masak)
1 senduk Kecil Cili Boh
1 Botol Cili Sos
1/2 Botol Sos Tomato
3 Sudu Besar Gula pasir
Sedikit Minyak Masak
Garam Secukup Rase

Bahan Untuk Ditumis ( Perlu Di Tumbuk)
4 Ulas Bawang Merah
3 Ulas Bawang putih
Halia sebesar Ibu jari

Cara-cara penyediannya
1. Panaskan Minyak dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk
2. Kemudian masukkan cili Boh. Kacau dan biarkan seketika
3. Masukkan cili sos dan Tomato sos dan masak ia sehingga mendidih
4. Masukkan udang galah yang telah digoreng
5. Akhir Sekali masukkan gula dan garam secukup rase. Angkat dan hiaskan dengan Tomato dan salat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Ayam Masala



Bahan-Bahan
1 ekor ayam dipotong kecil,
cili hijau, kalau nk pedas campur sedikit cili api,
2 Biji bawang putih
1 Bijibawang besar,
Sedikit halia,
sos cili,
kicap manis ,
semangkuk air

1) ayam potong kecil kemudian digaul dengan serbuk kunyit dan kari sehingga rata.
2) goreng ayam tersebut, tetapi jangan terlampau garing kerana kalau garing sgt susah nk gigit
3)letak minyak secukup rase dan panaskan
4) lepas tu masukkan cili+ bawang putih+ bawang besar+ dan halia. goreng sehingga layu sedikit...
5) kemudian masukakn sos n kicap secukup rase.. kalau boleh jgn kicap masin nanti masin sgt
6)lepas tu gaul sehingga rata dan masukkan ayam yang siap digoreng
7) kemudian masukkan air sedikit...

rase dia manis2 pedas.. he..he..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pecal


Bahan-Bahan Sayuran
100 gm Kangkung Dicelur
100 grm Kacang Panjang Dicelur
100 grm taugeh yang dibuang ekor dan Dicelur
100 grm timun yang sudah disagat halus
100 grm Ubi sengkuang yang sudah disagat halus
100 grm pucuk Ubi yang sudah dicelur
jantung pisang yang dicelur

Bahan- Bahan Untuk Kuah
200 grm kacang tanah digoreng kemudian ditumbuk hingga halus
2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
6 tangakai cili Kering digiling/ ditumbuk hingga lumat

1 cawan air masak sejuk
sedikit belacan bakar
2-3 ketul cekur
gula dan garam


Cara Menyediakannya 
1. Pijatkan Sedikit minyak dalam Kuali dan tumiskan cili dan bawang putih yang telah ditumbuk
2. Setelah naik bau, masukkan kacang yang ditumbuk  bersama belacan bakar,cekur, garam, dan gula secukup rase
3.masukkan sedikit air dan tunggu sehingga mendidih dan pekat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Char Kuey Teow Pedas


Bahan-Bahan (2 Orang Makan)
1/2 Bungkus Kuey Teow
2 Sudu Besar Cili Boh
2 Ulas Bawang Merah (Dihiris)
3 Ulas bawang Putih (Diketuk/ Dicincang)
Sedikit Isi ayam - dihiris
5-6 Ekor Udang Besar
3 Sudu Besar Kicap Pekat
1 Sudu Besar Kicap Cair
3 Sudu Besar Sos Cili
30 sen Taugeh
30 Sen Kucai (Dikerat-kerat)
5 Biji Cili Padi - Diketuk dan dibuang Biji

Cara-Cara Menyeiakkanya
1.Tumis Bawang  Putih dan Merah sehingga naik Bau. Masukkan Cili Bih dan kacau sehingga Cili Masak
    (Cili wajib Masak bagi mengelakkan sakit Perut) ( Kacau Mestilah lawan arah jam)
2. Masukkan Udang dan hirisan ayam dan gaul rata. Setelah separuh masak, masukkan kicap pekat, kicap 
     cair, kicap manis dan sos cili( boleh masukkan sedikit air jika tumisan terlalu kering
3. Stelah mendidih, masukkan kuey Teow dan Cili Padi . gaul sehingga Rata
4. Segera Masukkan Kucai dikuti dengan taugeh. Gaul rata dengan api yang kecil dan pastikan kucai telah layu dalam gorengan Kuey Teow.
5. Hidangkan dengan Cili Jeruk

TERIMAKASIH KEPADA KASIH SURI ATAS RESEPI INI. MEMANG SEDAP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Begedil


Bahan-Bahan (Untuk 3 Orang)
2 Biji Kentang
Segengam Daging Cincang Ramly
5 Sudu Bawang Goreng
Satu Sudu kecil garam
1/2 Sudu Lada Sulah
1 Biji Telur dipukul

Cara-Cara Menyediakannya

1. Kentang Dipotong Dan Digoreng
2. Setelah Garing Ditumbuk Atau Dilenyek kentang itu sehingga Hancur
3. Kemudian Ambil Daging Cincang dan gaulkan Bersama Kentang Yang Sudah Dilenyek Tadi.
4. Setelah itu masukkan daun Sup, Bawang Goreng, Lada Sulah dan Garam
5. Gaul sehingga Semua Bahan Sebati. Kemudian ambil sedikit dan Bentukkan ia sehingga Bulat dengan saiz
    yang sederhana
6. Akhir Sekali celupkan dalam telur dan Goreng

TERIMA KASIH PUAN RATNAMURNIAWATI ATAS RESEPI INI MEMANG SEDAP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bana Split


Bahan- Bahannya
1 Biji Pisang Dibelah 2 dan dibuang kulitnya
1 senduk aiskrim vanilla1 senduk aiskrim coklat
1 senduk aiskrim strawberi
 2 biji ceri
 1 biji strawberi
 1 helai daun pudina
 sedikit krim putar
sedikit buah-buahan ( Ikut suka)

Cara Menyediakannya
 1. Potong pisang dan letakkan ke dalam mangkuk
 2. Masukkan aiskrim ke dalam mangkuk
 3. Hias dengan buah ceri, stawberi, daun pudina dan krim putar.
 4. Sedia untuk dihidangkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasi Goreng Ayam Bakar

Bahan-Bahan Untuk Nasi
300 grm beras dicuci dan ditoskan
675 ml air
50 grm Rencah Ayam
200 grm Kacang Panjang
4-5 Biji Cili Padi
Kicap Manis , garam dan gula secukup rasa

Bahan Untuk Dikisar
3 ulas Bawang Besar
2 Ulas Bawang putih
3 Biji Cili Merah
2 Sudu Udang Kering / Bilis ditumbuk
2Sm Belacan
serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa

Bahan Perap Untuk Ayam
Seekor Ayam Dipotong lapan
2 Ulas Bawang Besar/ Merah
2 Sudu Besar Kunyit
2 Sudu Besar cili kisar
Sedikit Madu serbuk Perasa dan gula serta garam

Cara-Cara Membuat
1.Masak nasi dalam pengukus seperti biasa
2. Panaskan Minyak dan masukkan bahan kisar dan kacau sehingga bau wangi
3. Campurkan kacang panjang, rencah ayam, udang, sotong
4. Tamabah kicap, gula, garam secukup rasa,
5. kemudian Bubuh Nasi dan gaul hingga sebati
6. Ayam yang telah diperap selama 1 jam dipanggang atas api sederhana
7. jangan lupa renjiskan ayam tersebut dengan bahan perap ayam yang dicampur sedikit minyak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kari Kepala Ikan


Bahan-Bahanya
1 Ketul Kepala Ikan Merah
2 Biji Bawang Besar yang dipotong halus2
4 biji Bawag Merah yang dipotong halus2
5 Biji Bawang Putih yang dipotong halus2
Halia Muda sebesar Ibu Jari  dipotong halus2
5 gm Halba Campur
1 cawan Minyak Masak
15 gm Tomato Paste
1 Tangkai dau kari
10 gm Serbuk Ikan Kari
Sedikit Serbuk Cili
200 gm Asam Jawa
2 Cawan Santan Pekat
Garam Secukup Rasa
8 Biji Kacang Bendi Muda
2 Biji Terung Bulat
2 Biji Tomato
1 Biji Mangga Muda
sedikit biji sawi

Cara-Cara Menyediakannya

1. Panaskan Minyak, kemudian tumiskan bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia muda
    sehingga naik bau.
2. Apabila telah kekuningan masukkan tomata paste bersama daun kari dan biji sawi.
3. Masukkan rempah  kari ikan bersama serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air.Kacau sehingga
    pecah minyak kemudian masukkan air asam jawa dan santan pekat. kacau sehingga sebati.
4. Apabila telah mendidih masukkan kepala ikan yang telah dibersihkan dengan air asam jawa hingga sebati. 5. Masukkan kacang Bendi, terung bulat, tomato, mangga muda, garam halus dan serbuk perasa.
6.Apabila masak boleh diangkat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayam Bakar Cili Hijau

Bahan-Bahan
2 Sudu Makan Minyak untuk menumis
1 Batang serai - diketuk sahaja
2 Helai Daun Limau Purut
6 Ketul ayam

Bahan-Bahan Untuk Dikisar
10 Biji Cili Hijau
5 Biji Bawang Putih
4 biji Bawang Merah
5 Biji Buah Keras
1/2 Sudu Teh Ketumbar - Disangan ( Goreng Tanpa Minyak)
Garam secukup Rasa

Cara Memasak
Panaskan minyak lalu tumiskan bahan-bahan yang dikisar, serai dan daun limau purut sehingga bau harum naik. Masukkan ayam dan biarkan hingga setengah masak. Angkat dan bakar ayam tersebut diatas bara api. Balik-balikkan sambil disapu dengan cili hijau dan sedikit minyak yang dicampur dengan stock ayam... bakar sehingga masak...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS